Tuesday, September 28, 2010

KEMBALI

salam.....

tgh berpikir2 utk kembali giat dlm arena blog yg telah ak tinggal lebey 5bulan. hahaha.

cbuk + malas + xde citer yg best = tinggal je blog nie.

k, nant ak bukak citer bru.

wassalam~~

Tuesday, June 1, 2010

::Allah Lebih Mengetahui Sesuatu::

Salam.....



berita konvoi Flotilla......membawa kemurungan dan menyemarakkan api kemarahan umat islam khasnya dan umat dunia amnya bagai sekam dan hampas padi yg telah kering lagi disua api.....begitulah membuak2 nya kemarahan umat islam.....berita lanjut:


31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.


“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut. “Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.


PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)




ulasan : sebagai umat islam, ak xlari dr kemarahan yg diprovok dengan sengaja oleh pihak israel ataupon rejim zionis laknatullah, dalam erti kata lain mereka dalam usaha untuk memperlihatkan sendiri kepada umat dunia siapa yg menguasai dunia dan kelemahan umat islam itu sendiri pada hari ini yg dengan senang untuk diperkotak katikkn.


Dan bagi negara 'armyreka' yg menggelar diri mereka "POLIS DUNIA" sgt jelas menggambarkn diri mereka sebagai polis yg tunduk kepada kuasa zionis bagai anjing yg telah diberi makan oleh pencuri, akan patuh tuan barunya. cukupkah sekadar menzahirkan penyesalan atas ape yg berlaku ("menyasali")?? atau kenapa baru cuba untuk berusaha memahami sesuatu keganasan yg dah memang jelas terpampang di depan mata dunia ("berusaha untuk memahami")??
apapun ini adalah salah satu provokasi dari rejim zionis laknatullah dalam usaha untuk menimbulkan polemik dunia dalam erti kata lain untuk menzahirkan dunia baru (New World Order) yg dibuat mereka untuk menguasai dunia.



Moga Allah memberi petunjuk kepada umat islam dunia dan memberi kerahmatan kepada aktivis2 yg terlibat dan memberi ganjaran syahid yg seperti telah Dia janjikan. InsyaAllah.


“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang lehermusuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripadakejahatan-kejahatan mereka.Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepadamereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasaWahai tuhan yang bersifat murka.Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

wallhualam~~

Tuesday, May 25, 2010

REDHA


salam~~





lame gak xmnulis nie, sgt2 cbuk.....n malas.
dlm smggu nie penat sgt n tensi pown ade gak.
mcm2 masalah nk kene setelkn.....




ak hny mampu tok
mncari ikhtiar yg tebaik je. pape pown ak redha ngan
ketentuan yg telah Dia kurniakn. InsyaAllah.


wassalam~~