Wednesday, September 30, 2009

:-smile-:

Nie la yg ak bg kat kwn2 ak bila diaorg sumer da mcm org skit jiwa....
try bc.....then hv a nice smile even a little, juz to make ur life forget abot ur prob....hehe

Cerita 1 : Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya
adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika
ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang
kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi
manusia.

Doktor : “??$$??”
-------------------------------------------------------------------------
Cerita 2 : Gelagat Boss ngan Seketeri di early

Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah sykt yg
besar di KL… Pada suatu early morning tu.. Boss ini memanggil la dia punya seketeri masuk
ke opisnya..seperti biasa.. maka seketerinya pun masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya client..Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas nak tulis..cakap punya cakap.. Boss ni pun bangun..
dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dlm poket seluar..
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis.. si seketeri pun mula bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan..masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu garage boss
terbuka..

Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke..
tak per, nanti saya call rumah..terima kasih..

Si seketeri pun blah balik ke meja dia..dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang, tolong tengokkan garage rumah kita..pintu dia terbuka la..

Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana ada terbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok
sekejap.

Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka macam mana org boleh nampak??

Bini: Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip
seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu dek kerna 'garaj' dia td..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak garage I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?

Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada MINI COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!

~~~~~

wear your underwear!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 3 : Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 4 : Cucu yang pintar..

Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main
bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak
sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.

Atuk: Tak sama apanyerr?

Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?
-----------------------------------------------------------------

THX~~

No comments:

Post a Comment